
National Scouts of Johor - Nature Camping 2019
Program yang dijalankan pada 2-6 Julai 2019 di Kompleks Sukan air dan Udara (KRAMSAU) di Desaru, Kota Tinggi, Johor ini merupakan kem seumpama korobori yang bertemakan alam sekitar bagi memupuk kesedaran dalam kalangan kanak-kanak (Pengakap Kanak-kanak). Program seumpama ini julung kali diadakan di daerah ini mendapat sambutan yang hangat iaitu disertai oleh kira-kira 500 peserta.
Aktiviti yang menarik telah dilakukan di sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah aktiviti lasak: berkayak, 'water confident', 'abseiling', memanan dan aktivti-aktiviti lain seperti E-sport center, anyaman, pendedahan mengenai 3R dan pameran dari agensi kerajaan. Selain itu, lawatan ke taman tema air Desaru Waterpark juga dilakukan. Program ini diakhiri dengan aktiviti 'Beach Cleanup' secara besar-besaran di sepanjang pantai Desaru.