National Sabah MoP Coordinator Course 2019

National Sabah MoP Coordinator Course 2019

Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan serta pengalaman berkaitan pengurusan dan pentadbiran sebagai pengendali MoP kepada semua peserta yg terlibat. Kursus ini bermula 01 hingga 03 November 2019 iaitu mengambil masa selama tiga hari dan dua malam. 

Kursus ini diadakan di Scout Nature Park (SNP), Sandakan. Daerah Sandakan mempunyai bandar yang kedua terbesar di Sabah selepas Bandaraya Kota Kinabalu. Sandakan juga mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh dilawati oleh pelancong-pelancong sama ada dalam atau luar negera. Ini termasuklah SNP sebagai pusat aktiviti pengakap yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa. Terbaru, SNP mempunyai  Taman Arnad sendiri yang telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Awang Zaini Bin Haji Suntim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 01 September 2019 yang lepas. 
 

Seramai 80 orang peserta yang menyertai kursus ini terdiri daripada Timbalan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Penolong Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin dan Kelana. Kesemua peserta yang terlibat adalah berasal dari pelbagai daerah di negeri ini.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan yang dikendalikan oleh Dr Amir Hamzah Bin Aman dan dibantu oleh 3 jurulatih lain nya. Aktiviti sesi suai kenal, penerangan aktiviti dan slot slide show seperti Betterworld Framework, Pengenalan MoP, Sustainable Development Goals (SDG), pendaftaran WOSM (scout.org), Memuatnaik pengiraan jam dan facebook MoP, Hakcipta, MoP Grant and funding, Penyediaan kertas kerja dan Scouts funding, Gerak kerja Pengkalan MoP (Praktikal), Penyediaan dan pembentangan kertas projek MoP, Sesi Video, Pelan Tindakan dan Aku Janji MoP.

Secara keseluruhannya, matlamat akhir kursus ini adalah supaya peserta dapat menjadi koordinator dan berkongsi pengetahuan dengan masyarakat tentang MoP. Melalui aktiviti yang dijalankan, para peserta dapat bekerjasama dan berkongsi buah fikiran bagi merancakkan lagi program dalam MoP. 

Started Ended
Number of participants
80
Service hours
1440
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Youth Programme
SDGS

Share via

Share