Mula Berpengakap bersama Pengakap Johor Bahru dalam Pekbori Gangsa 2017
Profile picture for user Tan Kuan Tee_1
Malaysia

Mula Berpengakap bersama Pengakap Johor Bahru dalam Pekbori Gangsa 2017

Perkhemahan Pekbori Gangsa Daerah Johor Bahru telah dijalankan pada 11 dan 12 Mac 2017. Pekbori ini melibatkan murid-murid pengakap Tahun 4. Pelbagai aktiviti dan ujian untuk memberi peluang kepada murid-murid mendapatkan lencana gangsa telah dijalankan sepanjang dua hari. Perkhemahan ini boleh dikatakan aktiviti pertama yang saya terlibat bersama pengakap daerah Johor Bahru. Perkhemahan ini telah dirancang dengan baik, terancang dan sistematik. Saya berasa kagum dengan semangat kerjasama dalam kalangan pemimpin sehingga dapat menjayakan perkhemahan ini. Semoga saya akan mendapat lebih banyak peluang untuk terus aktif bersama pengakap daerah Johor Bahru.
Started Ended
Number of participants
150
Service hours
8
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share