Mowglis Day : Menonton filem dan mewarna

Mowglis Day : Menonton filem dan mewarna

26 Januari, SK Tenaga Setia Sri Medan Batu Pahat : Suasana ceria dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak pengakap yang baru. Dengan kehadiran sejumlah 123 orang peserta dan pemimpin dari kalangan ahli-ahli yg baru di daerah Batu Pahat, acaranya dimulakan dengan laung agung pkk. Pemimpin-pemimpin turut sama membantu mengendalikan laung agung tersebut dalam sekawan masing-masing. Sejurus selepas rehat dan makan, peserta disajikan dengan cerita filem yang terkenal bertajuk "The Jungle Book" dan disusuli dengan aktiviti mewarna watak-watak cerita hutan. Aktiviti di akhiri dengan soal jawab Kuiz. semoga mereka pulang dengan pengalaman yang menyeronokkan dan teruja untuk memulakan hidup mereka sebagai ahli pengakap.
Started Ended
Number of participants
123
Service hours
738
Topics
Communications and Scouting Profile
SDGS

Share via

Share