MoP Melebarkan Sayap ke Pulau Labuan
Tanggal 28-29 April 2018 telah yang lalu, Persatuan Pengakap Labuan telah menganjurkan kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) bertempat di Labuan International School. Seramai 24 peserta yang terdiri daripada pemimpin pengakap telah menyertai kursus ini yang dijalankan selama 2 hari bermula 8.00 pagi dan berakhir pada 11.00 malam.
Antara kandungan kursus yang dijalankan temasuklah sesi suai kenal antara satu sama lain, cara pendaftaran WOSM, kaedah memuat naik, pengiraan jam, facebook MoP, gerak kerja berpangkalan, pengurusan MoP di peringkat Kumpulan mahupun Daerah, Hak Cipta & Harta Intelek MoP, cara untuk menyediakan kerja kertas yang betul serta pembentangan Projek daripada pada peserta.
Kursus ini berjaya dilaksanakan oleh jurulatih yang didatangkan khas daripada Persatuan Pengakap Malaysia yang diketuai oleh Dr. Amir Hamzah Bin Aman serta dibantu oleh Tuan Adha Fikris dan Cik Yee Ting. Para jurulatih telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan termasuklah pelbagai jenis permainan, tepukan dan lagu MoP. Selain daripada itu, para peserta juga telah dilatih untuk mempelajari tarian MoP versi MoP Malaysia. Yang menariknya, tarian MoP ini ditarikan oleh para koordinator yang terlatih di seluruh dunia.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato' Seri Mohd Alias Bin Abdul Rahman selaku Yang DiPertua Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Tetamu yang turut hadir pada majlis penutupan tersebut ialah Pesuruhjaya Kebangsaan Dr. Amir Hamzah Bin Aman dan Encik Rosni bin Mohd Daud.