MISA ISLAND GOAT PROJECT #2ND indahnya Pulau Misa Melayu
Profile picture for user Farhana Azhar_1
Malaysia

MISA ISLAND GOAT PROJECT #2ND indahnya Pulau Misa Melayu

Pada hari sabtu kami seramai 4 orang telah turun ke Pulau Misa Melayu Bota Kiri Perak untuk melihat sendiri kawasan projek yang ingin dilaksanakan. Kami disambut oleh ketua kampung Pulau Misa iaitu Encik Mohd Faisal atau nama mesra penduduk kampung digelar beliau Ayahanda. Kami seharian di sana untuk mengetahui lebih dalam mengenai Pulau Misa Melayu. Ayahanda telah menceritakan bagaimana Pulau Misa ini mendapat nama dan sedikit latar belakang mengenai pulau ini. Pulau ini mempunyai sejarahnya tersendiri yang boleh dilihat dalam Hikayat Misa Melayu. Hikayat ini menceritakan mengenai cara pemerintahan zaman melayu dahulu kala. Pulau ini juga mengekalkan konsep kemelayuan dimana pulau ini masih mengenakan busana sebagai pakaian rasmi yang telah lapuk tidak dikenali zaman melayu sekarang.Penduduk disini sekitar 70 orang yang terdiri daripada anak-anak muda yang dibentuk semula supaya baik budi pekertinya.Anak-anak ini diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kehidupannya suapaya menjadi orang yang berguna. Pada sebelah petang ayahanda menceritakan mengenai kawasan sekitar dimana kawasan ini berfungsi sebagai apa kepada penduduk dan beliau membawa kami melawat tapak kawasan untuk membina kandang kambing. Pada setiap malam Sabtu, pulau ini akan mengadakan satu malam dimana malam ini dianggap sebagai hiburan pemuda pemudi melayu zaman dahulu kala. Malam ini digelar " Malam Melayu Sejati". Penduduk yang hadir perlu memakai busana melayu untuk menaikan semangat kemelayuan dan anak jati melayu. Kami juga berpeluang menyaksikan malam melayu sejati ini dilakukan dimana ia mempunyai gurindamnya tersendiri, alunan lagu yang mengasyikkan serta mempelajari adab bagaimana menghadap raja. Kesimpulannya, Pulau Misa ini adalah suatu tempat yang strategik untuk membina kandang kambing kerana bukan sahaja untuk menambah pendapatan setempat malah memberi peluang kepada orang luar yang berkunjung ke Pulau Misa Melihat sendiri bagaimana ternakan kambing dijalankan.
Number of participants
4
Service hours
4
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share