Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya PPM Kinta Utara
Pada 14 Mac 2021, berlangsung Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Kinta Utara, bertempat di Wisma Pengakap PPM Negeri Perak, Jelapang Square Ipoh. 2 orang ahli pengakap yang tidak dapat hadir secara bersemuka, telah menggunakan pautan Google Meet bagi menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dihadiri 28 orang ahli pengakap dikalangan penolong-penolong pesuruhjaya daerah dan beberapa orang pengakap kelana sebagai wakil krew kelana daerah.
Pesuruhajaya Pengakap Daerah Kinta Utara, Encik Ainal Suhaidi Bin Adnan Suhaimi mempengerusikan mesyuarat tersebut. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat, antaranya termasuklah perbentangan minit mesyuarat yang lepas, perancangan aktiviti setiap unit pengakap, laporan aktiviti, laporan kewangan dan sebagainya. Lantikan jawatankuasa organisasi pengakap Daerah Kinta Utara juga telah dilaksanakan dengan lancar.