
Mesyuarat Majlis Pengakap Kelana Negeri Bil 1/2019
Pada 26 Januari 2019, telah berlangsung mesyuarat Majlis Pengakap Kelana Negeri Perak bilangan 1/2019. Mesyuarat ini diadakan di Kem Kota Layang-layang Kiri dan dihadiri 9 orang ahli pengakap kelana dari pelbagai daerah dan seorang Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Kelana Tuan Kamarulazwa.
Misi utama mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan takwim 2019, membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2018, hal kewangan persatuan, lantikan jawatankuasa baharu, hal berbangkit dan sebagainya. Mesyuarat telah berakhir pada jam 1pm.