Mesyuarat Krew Kelana A Daerah Kinta Utara Bil 1/2021

Mesyuarat Krew Kelana A Daerah Kinta Utara Bil 1/2021

Pada 29 May 2021 telah berlansung Mesyuarat Krew Kelana A Kinta Utara Bilangan 1/2021 secara atas talian di Google Meet. Program ini dihadiri seramai 14 orang terdiri Pesuruhjaya Daerah Kinta Utara, En Ainal Suhaidi Bin Adnan Suhaimi, penolong-penolong pesuruhjaya daerah dan ahli krew.

Tujuan mesyuarat ini dijalankan untuk  membincangkan hala tuju krew kelana yang baru sahaja ditubuhkan. Di mesyuarat ini juga membuat pengundian untuk melantik jawatankuasa krew. Krew ini diterajui oleh En. Azlan Hakimi Bin Ahmad Murad sebagai Ketua Krew. Selain itu, pembentangan takwim krew juga dijalankan bagi menerangkan kepada penolong-penolong pesuruhjaya daerah yang lain bagi menerangkan hala tuju krew pada tahun 2021 walaupun negara berhadapan ancaman pandemik Covid 19. Kami membincangkan program yang boleh dilaksanakan secara atas talian yang berlansung di rumah masing-masing.

Mesyuarat diakhiri dengan kata-kata harapan oleh Pesuruhjaya Daerah Kinta Utara, En Ainal Suhaidi Bin Adnan Suhaimi dan kami dibenarkan bersurai

Number of participants
14
Service hours
84
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF

Share via

Share