MESYUARAT INTEGRASI MAJLIS KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI, PASUKAN LATIHAN, PASUKAN PROGRAM, SEKRETARIAT PENGAKAP LAUT, SEKRETARIAT PENGAKAP UDARA DAN SEKRETARIAT MOP
LABUAN –Majlis Ketua Pesuhjaya Pengakap Negeri (MKPPNg) telah mangadakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2018 dengan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee. Mesyuarat tersebut juga merupakan mesyuarat Integrasi dengan Pasukan Latihan, Pasukan Program, Sekretariat Pengakap Laut, Sekretariat Pengakap Udara dan Sekretariat MOP. Dalam ucapan aluan beliau menyampaikan penghargaan di atas komitmen ahli-ahli yang hadir dan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin pengakap yang baru dikalung Anugerah Manikayu Dua pada tahun lalu dan kini dilantik menjadi ahli Pasukan Latihan Negeri. Antara isi kandungan mesyuarat merangkumi pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari MKPPNg Skip Han Siew Kwong dan Laporan Aktiviti merangkumi latihan dan program sepanjang tahun 2017 oleh Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Latihan) Skip Alfhian dan Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Program) Skip Rosni.
Dalam mesyuarat ini juga diumumkan perlantikan Setiausaha mengikut portfolio unit pengakap:
1. Skip Niza Utiya Binti Hamzah
Setiausaha Pasukan Latihan
2. Skip Dyana Martin
Setiausaha Pasukan Program
3. Skip Angela Joseph
Setiausaha Unit Pengakap
4. Skip Rizuan Asmarah
Setiausaha Sekretariat Pengakap Udara
5. Skip Skip Ivy Lee
Setiausaha Sekretariat Pengakap Laut
6. Skip Atiqah Shahidah Abdul Rahman
Setiausaha Sekretariat MoP
Skip Niza Utiya Binti Hamzah, Skip Rizuan Asmarah, Skip Angela Joseph dan Skip Atiqah Shahidah Abdul Rahman juga merupakan lantikan Pen. Pesuruhjaya Daerah yang baru. Istiadat perlantikan akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Pemimpin, 3 Feb 2018 akan datang.
Turut dibincangkan ialah penglibatan PPMWPL dalam penganjuran Bengkel Memperkasakan Pengakap Perempuan Dan Kepimpinan Pengakap Wanita Di Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 di mana WP Labuan akan menjadi tuan rumah. Mesyuarat pembentukan jawatankuasa dan koordinasi tugas akan diadakan pada 25 Januari 2018 nanti.