MESYUARAT AGUNG PERSEKUTUAN PEGAKAP MALAYSIA KALI KE-28 2018
MESYUARAT AGUNG PERSEKUTUAN PEGAKAP MALAYSIA KALI KE-28 2018
Dewan Liberty, LLPM
27 Mac 2018
WP Labuan – Mesyuarat Agung Tahunan Persekutuan Pengakap Malaysia Kali Ke-28 2018 yang diadakan di Dewan Liberty, Liberty Port Management Sdn. Bhd. pada 27 Mac 2018 yang lalu telah berjalan dengan lancar. Mesyuarat Agung ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Dato’ Sri Hj Mohd Alias Bin Abdul Rahman. Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Labuan Skip Hong Heng Chee dan Pesuruhjaya Kebangsaan Skip Rosni Bin Mohd Daud. Sebanyak 30 orang pemimpin daripada sekolah-sekolah di Labuan telah menghadiri Mesyuarat Agung ini. Di dalam Mesyuarat ini dibentangkan aktiviti-aktiviti Pengakap Labuan sepanjang tahun lalu dan penyata kewangan beraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, serta usul-usul baru. Mohd Alias dalam ucapan beliau berharap agar aktiviti-aktiviti pengakap dapat diadakan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang.
“Kita mengharapkan agar lebih ramai lagi akan menyertai pergerakan Pengakap kerana pergerakan ini banyak membantu perkembangan sosio-budaya, intelektual dan spiritual ahli-ahli pengakap. Perihal ini akan membantu ke arah pembentukan sahsiah yang positif” katanya lagi.
Sejurus selepas mesyuarat Agung, Mohd Alias menyampaikan sijil pendaftaran kepada sekolah-sekolah yang sudah mendaftar sebagai kumpulan pengakap di WP Labuan. Di akhir majlis Hong Heng Chee turut menyampaikan cenderamata kepada Mohd Alias sebagai tanda terima kasih di atas keterlibatan dan sumbangan beliau dalam menjayakan Bengkel Memperkasakan Pengakap Perempuan Dan Kepemimpinan Pengakap Wanita yang diadakan pada 22-25 Feb 2018 di Tiara Labuan Hotel yang lalu.