MESSENGER OF PEACE LOCAL COORDINATORS TRAINING (SABAH ZONE) 2019 : CINTA KASIH SAYANG TERHADAP MESSENGER OF PEACE BERKEMBANG MEKAR DI SCOUTS NATURE PARK, SANDAKAN
Profile picture for user FRIDORINE JEAFRY_1
Malaysia

MESSENGER OF PEACE LOCAL COORDINATORS TRAINING (SABAH ZONE) 2019 : CINTA KASIH SAYANG TERHADAP MESSENGER OF PEACE BERKEMBANG MEKAR DI SCOUTS NATURE PARK, SANDAKAN

DAY 1 as a participant for the MESSENGER OF PEACE LOCAL COORDINATORS TRAINING (SABAH ZONE). 

Bertolak dari Sipitang ke Kota Kinabalu pada jam 8.30 pagi bersama-sama dengan Pen. Pesuruhjaya Sipitang (Unit Pengakap Khas), Skipper Noor Azlinda. Tiba di KKIA pada jam 10.50 pagi dan menaiki penerbangan ke Sandakan pada jam 12.00 tengahari bersama-sama dengan Pen. Pesuruhjaya Sipitang (Unit Kelana), Skipper Mohd. Azwan. Kami bertiga tiba di Scout Nature Park (SNP), Sandakan pada lebih kurang jam 1.00 tengahari. Agak lewat sedikit mendarat seperti yang dijadualkan kerana kapal terbang terpaksa berada di udara selama 10-15 minit. Masalahnya tidak dimaklumkan tetapi situasi tersebut memang terasa 'there's something not right'. Syukur semuanya dipermudahkan dan kapal terbang mendarat dengan selamat. 

Tiba dan mendaftar di Scouts Nature Park (SNP), Sandakan pada jam 1.00 tengahari dan terus bersiap untuk sesi pertama pada jam 2.00 petang. Setelah berkumpul dan duduk semeja dengan rakan sekumpulan, aktiviti untuk sesi pertama pada hari pertama MESSENGER OF PEACE LOCAL COORDINATORS TRAINING (SABAH ZONE) bermula dengan taklimat yang disampaikan oleh Skipper Amir Hamzah. 

Aktiviti seterusnya adalah aktiviti 'ice breaking' yang sangat menarik dan berjaya merapatkan jurang hubungan di antara peserta. I've known and experience some ice breaking activities before, tetapi pada petang tersebut banyak aktiviti menarik yang baharu bagi saya. We had laughed and we had lots of fun. Saya suka pendekatan oleh Skipper Amir Hamzah iaitu memperkenalkan diri, memberitahu asal dan hobi tanya menyatakan pangkat masing-masing. 

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr. Awang Zaini bin Haji Suntim juga menyampaikan amanat kepada para peserta yang hadir agar memanfaatkan sepenuhnya peluang dan ilmu pengetahuan akan disampaikan. 

Seterusnya beberapa sesi taklimat dan penerangan terperinci tentang MoP diteruskan pada sesi yang seterusnya. 

Sesi terakhir berakhir pada lebih kurang pada jam 11.30 malam. 

Sesi perkongsian pengalaman pula seterusnya diteruskan di bilik hostel dengan Pesuruhjaya Daerah Sembulan, Skipper Surilla. Bertuah sungguh berpeluang dapat dikongsikan pengalaman dengan Skipper Surilla dalam bidang kepengakapan. 

Walaupun terasa agak letih pada hari pertama, mata hanya mahu terlelap pada jam 1.00 pagi.

I have never thought before that the Messenger of Peace's scope is so wide as the ocean and its roles to the society and the world is pure as gold.

Will absorb more information for the sake of our young generation. 

 

Number of participants
80
Service hours
480
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Global Support Assessment Tool
Youth Programme

Share via

Share