
Merdeka "Kedah Scout Day Out" dan Sambutan Hari Pengakap Malaysia
Pada 10 Ogos 2018, semua peserta tiba di Sentral Square Sungai Petani dan membuat persediaan untuk malam di sana. Peserta memasang khemah di hadapan Sentral Square dan tidur di dalam khemah tersebut.
Pada 11 Ogos 2018, peserta memulakan aktiviti seawal jam 8 pagi. Aktiviti yang diadakan adalah menderma darah, tarian tradisional, aktiviti messenger of peace dan banyak lagi.
Upacara penutupan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Tuan Haji Mohd Nizar Bin Yusof.