Menguji Kelayakan Ahli Pengakap Labuan Untuk Mendapatkan Lencana
Malaysia

Menguji Kelayakan Ahli Pengakap Labuan Untuk Mendapatkan Lencana

Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan telah menganjurkan Perkhemahan Kemahiran Pengakap bertempat di Desa Tunas Hijau pada 21-23 April yang lalu. Perkhemahan kali ini melibatkan penyertaan pasukan pengakap berjumlah 43 orang dari empat buah sekolah termasuk SM Sains Labuan, SMK Labuan, SM St Anne dan SMK Mutiara. Perkhemahan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan ujian bagi memenuhi keperluan skim Lencana Kemahiran Pengakap Kelana, Lencana Tertinggi Kemahiran Pengakap Remaja dan Lencana Kepandaian Pengakap Muda. Sepanjang perkhemahan ini, para pengakap telah menjalani pelbagai ujian seperti Pioneeering, Orienteering, pengembaraan, penganggaran, kraf perkhemahan dan kemahiran hidup di rimba. Disamping itu peserta pengakap berpeluang bertukar-tukar idea dan berkenalan dengan ahli Pengakap daripada sekolah lain sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Para Pengakap juga dapat memupuk semangat dan jati diri yang tinggi di dalam perkhemahan ini. Penutupan perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohd Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dengan diiringi oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee.
Started Ended
Number of participants
43
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share