Mengimbau Semangat Piutermas Kenyalang 2016
Seramai 195 orang pengakap dari Sarawak dan Brunei telah menjayakan Perkhemahan Piutermas Limbang dan Messengers of Peace. Program yang berlangsung selama 3 hari ini melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Pejabat Kesihatan dan Daerah dan lain-lain Agensi.
Pelbagai aktiviti pengakap telah dijalankan termasuklah pengembaraan, pertandingan ikatan, pemasangan khemah, khidmat masyarakat dan sebagainya. Hubungan pengakap antara dua negara terjalin erat apabila kedua-dua pemimpin pengakap dari kedua-dua negara terlibat dalam perkhemahan tersebut. Malaysia telah diwakili oleh Amir Hamzah Aman (Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara-MoP) manakala Brunei diwakili oleh Tuan Haji Badar.
Ketua Perkhemahan, Ustaz Malik menyifatkan perkhemahan ini merupakan satu titik tolak untuk pengakap Limbang terus membangun bagi tahun-tahun yang mendatang.