Profile picture for user julie kristy a/p ng kee choo_1
Malaysia

MENGGILAP KEPIMPINAN MURID SK BENTA

Saya berminat untuk menjalankan projek ini adalah demi membentuk kepimpinan murid. Kepimpinan merupakan satu hal yang perlu dititikberatkan dalam membentuk generasi yang berkualiti pada masa hadapan. Oleh itu, program menggilap kepimpinan murid ini sejak dari kecil khususnya kepada pengawas dan ketua kelas adalah amat penting, kerana ini bertepatan dengan pepetah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Program Menggilap Kepimpinan SK Benta ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, di atas jemputan daripada pihak SK Benta. engisian kepada program ini melibatkan 4 aktiviti Latihan Dalam Kumpulan iaitu Mesra Diri, Kemahiran Komunikasi, Team Building dan Kemahiran Asertif yang telah dirancang oleh 20 orang ahli jawatankuasa yang terlibat.
Jumlah peserta yang memperoleh impak dalam program ini adalah seramai 63 orang. Impak positif yang diperolehi adalah dapat menjadikan murid bersistematik dan bersemangat dalam menjalankan tugas dan secara tidak langsung, membantu mengurus diri pelajar dengan berkesan. Selain itu, membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar, membantu murid untuk mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi berdasarkan jawatan yang dipegang dan membantu pelajar menguruskan masa dengan baik dalam aspek kehidupan.
Berdasarkan program yang dijalankan, saya berpendapat bahawa semua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar mengikut peruntukkan masa yang telah dibahagikan berdasarkan jadual. Saya juga memperolehi pengalaman yang begitu berharga dalam membuat perkongsian ilmu kepada murid-murid. Saya merasakan program seperti ini perlu dilakukan dengan lebih kerap untuk membentuk keperibadian pelajar yang seimbang dari segi JERIS.
Number of participants
20
Service hours
40
Beneficiaries
63
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile
Youth Programme
Leadership

Share via

Share