MENCURAH TENAGA : KEM UJIAN LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA (KEMAHIRAN)

MENCURAH TENAGA : KEM UJIAN LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA (KEMAHIRAN)

Seramai 9 orang ahli Pengakap Kelana K88 Kuala Terengganu telah dikerahkan bagi membantu dalam menjayakan Kem Ujian Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Kemahiran) di Dewan Seri Kandi, Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Dengan kekuatan seramai 9 orang Kelana, kami perlu mengawasi seramai 28 orang peserta kem yang terdiri daripada ahli Pengakap Remaja. Para peserta dibahagikan kepada 4 patrol. Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 28 Disember hingga 30 Disember 2017. Kem ini bertujuan bagi melengkapkan skim lencana tertinggi pegakap remaja bagi melayakkan mereka untuk menduduki Ujian Pentarafan Pengakap Raja apabila tiba masanya. Para peserta didedahkan dengan perkara yang berkaitan kawad tongkat, masakan rimba, anggaran, membuat gajet, ikatan dan sebagainya mengikut sukatan yang terdapat dalam skim. Seramai 9 orang Kelana diagihkan tugas seperti membantu pemimpin dalam slot, urusetia, keselamatan, kerohanian serta bahagian penyediaan makan dan minum. Dengan kemesraan dan keprihatinan para petugas Kelana, semua peserta kelihatan gembira sepanjang kem berlangsung.
Started Ended
Number of participants
28
Service hours
24
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share