
MENCURAH BAKTI DI MANA SAHAJA
Seramai 8 orang ahli Pengakap Kelana K88 Kuala Terengganu telah dikerahkan bagi membantu dalam menjayakan Perkhemahan Ujian Pertolongan Cemas dan Lencana Kemahiran St. John Ambulans Malaysia Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus. Dengan kakuatan seramai 8 orang petugas, kami perlu mengawasi seramai 82 orang peserta kem yang terdiri daripada ahli St. John Ambulance sekolah-sekolah menengah negeri Terengganu. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 12 Julai hingga 14 Julai 2018.
Program ini bertujuan bagi melengkapkan skim lencana St. John Ambulance bagi pelajar sekolah menengah. Dalam program ini, para peserta didedahkan dengan perkara berkaitan kawad kaki, masakan rimba, hasil kraf, ceramah pertolongan cemas dan sebagainya. Para peserta juga perlu menduduki ujian bertulis. Seramai 8 orang petugas diagihkan tugas seperti membantu pemimpin dalam slot, urusetia, keselamatan, kerohanian, logistik serta bahagian penyediaan makan dan minum. Dengan kemesraan dan keprihatinan para petugas, semua peserta kelihatan gembira sepanjang program berlangsung.