MENABUR BAKTI DI MANA SAHAJA

MENABUR BAKTI DI MANA SAHAJA

MAJLIS VIGIL DAN SKIM LENCANA KEMAHIRAN KELANA TINGKATAN ENAM / TERBUKA NEGERI TERENGGANU 2020

Pada 5 hingga 7 Mac 2020 telah diadakan Majlis Vigil & Skim Lencana Kemahiran Kelana Tingkatan Enam / Terbuka Peringkat Negeri Terengganu. Saya dan beberapa rakan Pengakap yang lain bertugas dalam program tersebut sebagai penolong jurulatih. Kami membantu dalam memberi tunjuk ajar kepada peserta. Contohnya seperti ikatan tali temali, membuat gajet dan sebagainya. Seramai 600 orang peserta dari seluruh negeri Terengganu telah menyertainya. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Majlis Vigil merupakan langkah pertama bagi ahli Pengakap dalam proses meningkat naik kepada Unit Kelana. Para peserta didedahkan dengan maklumat berkaitan Pengakap seperti undang-undang, persetiaan, lagu Pengakap dan sebagainya.

Started Ended
Number of participants
600
Service hours
10800
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Partnerships
Growth
Communications and Scouting Profile
SDGS

Share via

Share