
MEMORI PERKHEMAHAN ATAS TALIAN
Pada hari Khamis, 2 September 2021 sehingga hari Ahad, 5 September 2021 yang lepas, saya bersama rakan-rakan pengakap dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah melaksanakan perkhemahan atas talian melalui medium microsoft office. Program perkhemahan atas talian yang disertai oleh seramai 105 orang ahli pengakap meningkatkan motivasi saya untuk bersemangat mengikuti program perkhemahan kerana mendapat sambutan yang hangat dan memberangsangkan.
Perkhemahan ini melibatkan ahli-ahli pengakap yang terdiri daripada lima buah kelas iaitu Pendidikan Islam 1, Bahasa Melayu 2, Bahasa Inggeris 2, Pendidikan Jasmani 3 dan Matematik 1. Perkhemahan ini dilakukan secara atas talian menerusi microsoft office yang menyediakan pelbagai perisian yang menarik. Antaranya ialah microsoft office ini membolehkan kami bersemuka di hadapan komputer riba serta membolehkan pembahagian dalam kumpulan dilakukan secara rawak dengan mudah
Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, terdapat banyak pengetahuan baharu yang saya perolehi iaitu khususnya pengetahuan berkaitan pengakap seperti kemahiran pengembaraan, ikatan dan simpulan, pengetahuan berkaitan gajet dan lain-lain perkara berkaitan pengakap. Bukan itu sahaja, terdapat sesi pengenalan kepada messengers of peace yang disampaikan oleh Dr. Amir Hamzah Azzam, Messenger of Peace Core Team Member Asia Pacific Region World Organization og Scout Movement.
Pada masa yang sama, saya juga dapat menyelami pelbagai kemahiran seperti kemahiran menggunakan microsoft office, kemahiran melakukan senaman pagi, kemahiran melakukan tugasan berkumpulan bagi malam kebudayaan, kemahiran memilih ketua unit dan lain-lain. Kesannya, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh ini dapat membentuk saya menjadi ahli pengakap yang cemerlang.
Loading...