Membuat Aktiviti Laut Bersama Pengakap Laut Labuan
Malaysia

Membuat Aktiviti Laut Bersama Pengakap Laut Labuan

Pasukan Pengakap ke-15 SMK Mutiara dibawah pimpinan Skipper Lee Vi Vly, Skipper Rosnani Sahari dan Skipper Asrul Jais dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan dan Balai Bomba dan Penyelamat Layangan telah menganjurkan Perkhemahan Boatman Pengakap Laut pada 29-20 Sept & 1 Okt 2017 yang lalu di Desa Tunas Hijau. Perkhemahan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan ujian untuk mendapatkan Lencana Boatman Pengakap Laut. Seramai 18 orang ahli pengakap laut terdiri daripada pasukan pengakap SMK Mutiara menyertai perkhemahan ini dan sembilan daripadanya adalah pengakap daripada Program Pendidikan Khas Integrasi. Sepanjang perkhemahan ini, para pengakap telah menjalani pelbagai ujian seperti terapung di air, anatomi bot dan enjin sangkut, membuat simpulan dan ikatan, kaedah meneyelamat, menyediakan sauh, menerangkan unsur tiupan angin, pergerakan arus, membaca jadual air pasang surut, mengenali carta nautika dan memahami kaedah komunikasi kod morse, semaphore serta bendera abjad. Terdapat juga ujian praktikal berkayak dan mengendalikan bot. Para pengakap laut perlu lulus semua ujian untuk mendapatkan Lencana Boatman ini. Di samping itu, para pengakap laut juga dapat memupuk semangat jati diri dan kemandirian yang tinggi di dalam perkhemahan ini.
Started Ended
Number of participants
20
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share