
MELUKIS MURAL
Objektif
Projek Program Keceriaan Pusat Sumber ini dirangka bertujuan :
Menjadikan kawasan persekitaran Pusat Sumber Sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.
Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk melaksanakan sesuatu projek.
Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran yang telah dipelajari di IPG.
Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah.
Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih dalam program yang dilaksanakan.
Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang
Sebelum memulakan projek, saya telah berjumpa dengan guru pembimbing dan bincang mengenai apa kehendak beliau bagi menceriakan pusat sumber sekolah. Beliau mencadangkan untuk melukis mural pada segala dinding di hadapan pusat sumber untuk menceriakan pusat sumber.Jadi, pada hari pertama saya telah membersihkan segala dinding pusat sumber dan menyediakan draf mural yang bakal dilukis.Selepas itu, saya telah mengukur saiz dinding untuk melukis mural dan menyediakan perkakasan untuk mengecat seperti tali, pita ukur dan kapur, cat pelaka dan berus.Saya telah mewarnakan mural secara berperingkat.