Melebarkan Sayap Di Negeri Jelapang Padi
Profile picture for user Farhana Azhar_1
Malaysia

Melebarkan Sayap Di Negeri Jelapang Padi

Seramai 103 ahli Pengakap Malaysia dari pelbagai negeri telah mengikuti kursus Scout World Award Discovery Zon Utara di Institusi Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim di Sungai Petani Kedah. Kami seramai 5 orang merupakan wakil dari Kelana Perak .Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula dari 13 Julai 2018 hingga 15 Julai 208. Program ini bertujuan memberi peluang kepada ahli pengakap Malaysia mencapai award dengan membina projek berdasarkan 17 Suistainable Development Goals (SDG) yang boleh memberi kesan pada sesuatu kawasan dalam jangka masa yang lama dan berterusan.Bukan itu sahaja program ini juga mendidik ahli pengakap kelana berkhidmat bersama komuniti. Antaranya kami diberi peluang untuk mencipta projek berdasarkan kreativiti dan idea yang bernas serta kami juga diberi peluang untuk membina meja lepak menggunakan palet untuk kegunaan warga IPG Sultan Abdul Halim. Rata-ratanya peserta sangatlah seronok dan berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan. Meskipun penat dan agak sukar untuk mendapatkan idea yang bernas ia tidak menghalang sebagai seorang pengakap kelana untuk memberi komitmen yang baik bersama pasukan dan juga mencipta idea yang terbaik. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia dan Institusi Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim Kedah. Jurulatih koordinator MOP diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program berkenaan. Program yang dijalankan secara teori dan praktikal ini amat memberi kesan yang mendalam sebagai seorang pengakap kelana.
Started Ended
Number of participants
103
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share