Melatih Pemimpin Pengakap Labuan tentang Asas Pertolongan Cemas
Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan dengan kerjasama Pasukan Pengakap ke 26 Labuan International School telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Pertolongan Cemas "First Responder, First Aider" yang diadakan di Labuan International School pada 6 Mei 2017 yg lalu. Kursus ini merupakan kursus pertama seumpanayan dianjurkan terbuka kepada semua pemimpin pengakap di W.P Labuan. Seramai 25 orang peserta terdiri daripada pemimpin pengakap Muda, Remaja dan Kanak-Kanak dari lapan buah pasukan iaitu Labuan International School, SM Sains Labuan, SMK Labuan, SMK Mutiara, SMA MAIWP, SK Pekan 1, SJK(C) Chi Wen, SK Membedai serta Krew Kelana A Labuan telah terlibat dalam menjayakan kursus ini.
Kursus dikendalikan oleh Jurulatih bertauliah dari National Institute of Occupational Safety and Health Malaysia (NIOSH), Encik Hasanuddin Beddu, yang juga merupakan merupakan seorang pembantu Pegawai Perubatan Kanan di Hospital Labuan dan Ahli Persaudaraan Pengakap Raja WP Labuan. Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada para peserta mengenai cara mengendalikan tindakan kecemasan selain daripada mengenali anatomi manusia, jenis-jenis luka dan pendarahan beserta kemahiran pertolongan cemas. Antara lain intipati yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti bantuan Cardiac Pulmonary Response (CPR) untuk orang dewasa dan kanak-kanak, Kaedah Heimlich menyelamatkan mangsa tercekik untuk bagi mangsa dewasa dan kanak-kanak, kaedah balutan luka dan cara mengendalikan mangsa patah tulang.