
Majlis Penabalan Pengakap Kelana Penuh Daerah Tawau.
TANAMKAN SIKAP KEPIMPINAN DALAM DIRI PENGAKAP KELANA.
Bersesuaian dengan cogankata Pengakap Kelana iaitu BERKHIDMAT, Setiap ahlinya perlu ada sikap kepimpinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Pengakap Kelana, Ini dijelaskan oleh En Sayful Foo, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah sewaktu meyempurnakan Majlis Penabalan Pengakap Kelana Penuh dan Penyampaian Lencana Pengakap Kelana Zon 1 Tawau pada 11 Oktober 2015 di Dewan Terbuka SM Holy Trinity Tawau. Dalam majlis tersebut seramai 35 orang Pengakap Kelana ditabalkan sebagai Pengakap Kelana Penuh dan seramai 17 orang disampaikan Lencana Pengakap Kelana. Turut hadir dalam majlis tersebut En Lee Chee Kiong selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau, En Rusli Bin Abdul, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merotai. En Mohd Sayful juga menegaskan kepada semua ahli Pengakap Kelana Tawau agar menjaga disiplin masing-masing dalam menjalankan apa saja aktiviti dan program yang menglibatkan masyarakat setempat. Selain itu juga beliau menyeru kepada belia-beliawanis yang berminat menyertai Pengakap Kelana boleh berhubung dengan Pesuruhjaya Pengakap kawasan masing-masing.