Profile picture for user Lee Way Chin_1
Malaysia

MAJLIS PEMAKAIAN RAMBU PENGAKAP REMAJA TAHUN 2020

Pada 9 Februari 2020, Daerah Kota, Melaka telah mengadakan pertandingan kemahiran untuk pengakap muda dan pengakap remaja pada pagi hari tersebut hingga petang di SMK Yok Bin yang dihadiri oleh 112 orang pengakap. Antara acara yang telah dijalankan adalah kawad kaki & tongkat , pertolongan cemas , kuiz jayadiri , model perintis , ikatan & simpulan , masakan rimba dan peta topo. Selepas semua pertandingan atau acara telah dijalankan, majlis pemakaian rambu pengakap remaja dan penyampaian hadiah serta sijil telah diadakan pada malam itu. Seramai 40 pengakap remaja yang mendapat pemakaian rambu tersebut adalah dari SMK St David, SMK St Francis dan SMK Yok Bin telah menghadiri majlis tersebut bersama ibu bapa mereka.

Sebelum majlis tersebut dimulakan, semua pengakap remaja yang mendapat pemakaian rambu dikehendaki untuk meluluskan ujian yang unik iaitu memasak makanan malam secara kumpulan untuk semua ibu bapa dan ahli jawatankuasa yang menghadiri majlis tersebut. Saya dan ahli-ahli jawatankuasa dapat melihat semua pengakap remaja mampu bekerjasama untuk menyediakan makan malam dari segi menyediakan bahan-bahan, memotong, memasak dan sebagainya. Tahniah dan syabas kepada semua pengakap yang dapat mengikuti arahan, memberi kerjasama dan menyediakan makan malam yang sedap dalam masa yang pendek.

Selepas makan malam, majlis pemakaian rambu remaja telah dijalankan, ibu bapa diminta untuk bertampil ke hadapan supaya dapat menolong anak-anak mereka untuk memakai rambu manakala ibu bapa yang tidak hadir ke majlis tersebut, Persuruhjaya Daerah Kota, Ts.Ir Lim Keng Boon dan saya telah menolong pengakap-pengakap remaja untuk memakai rambu remaja. Selepas 40 pengakap remaja telah siap dengan pemakaian rambu, satu kunjungan hormat tongkat oleh semua pengakap remaja kepada semua ibu bapa dan ahli-ahli jawatankuasa telah diadakan sebelum majlis tersebut tamat. Kunjungan hormat tongkat tersebut telah diketuai oleh Penolong Persuruhjaya Daerah Unit Pengakap Raja, Encik Tay Kwang Yong. Tujuan untuk menjalankan majlis tersebut adalah kerana semua calon pengakap raja telah berjaya mencapai dan menghabiskan semua peperiksaan secara praktikal dan teori dengan kelulusan dalam silibus pengakap remaja.

Selepas kunjungan hormat, majlis tersebut pun telah tamat, satu perbincangan antara pegawai-pegawai dengan semua calon pengakap raja telah diadakan, kita mendapati bahawa semua calon pengakap raja akan sentiasa berusaha untuk mencapai pencapaian tertinggi dalam pengakap iaitu Pengakap Raja tanpa berputus asa kerana mereka sudah berjaya mencapai anugerah pemakaian rambu pengakap remaja dan hanya tinggal beberapa peperiksaan sahaja. Selain daripada itu, semua calon pengakap raja dari sekolah yang berbeza juga janji bahawa mereka akan menyakinkan junior-junior mereka supaya banyak menyertai kem atau latihan yang dianjur oleh daerah agar dapat mencapai pelbagai anugerah pada masa hadapan atau seperti mereka.

Akhir sekali, semua pengakap remaja dan ahli-ahli jawatankuasa telah diarah untuk membersihkan tempat yang digunakan untuk memasak dan makan malam. Tahniah dan syabas kepada semua pengakap remaja yang telah dianugerahi dengan pemakaian rambu remaja dan semua ahli-ahli jawatankuasa yang memberi bantuan untuk menjayakan majlis dan pertandingan tersebut. Saya berdoa dan harap bahawa semua pengakap remaja yang dianugerahi rambu remaja turut dapat menghadiri ujian atau kem yang seterusnya pada masa yang akan datang.

 

Number of participants
40
Service hours
240
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share