Majlis Pemakaian Lencana Dan Penyampaian Sijil Perakuan Lulus Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2019

Majlis Pemakaian Lencana Dan Penyampaian Sijil Perakuan Lulus Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2019

Majlis Pemakaian Lencana Dan Penyampaian Sijil Perakuan Lulus Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2019 yang telah diadakan pada 13 Oktober 2019 (Ahad) bertempat di Movie Animation Park Studio (MAPS), Meru Ipoh Perak telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Nizran Bin Noordin, Setiausaha Sulit Yang Amat Berhormat Menteri Besar Besar Perak. Tetamu jemputan lain yang turut hadir ialah Yang Berusaha Tn Hj Nasaruddin Bin Samsuddin (Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, PPM Malaysia), Yang Berusaha En. Mohd Ariff Bin Yeop Ishak (Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak). Seramai 154 Pengakap Remaja merupakan penerima Lencana dan Sijil Perakuan Lulus Pengakap Raja yang hadir bersama ibu bapa dan keluarga. Selain itu, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Tn Hj Ahmad Azam Bin Abd Majid turut sama menyampaikan Lencana Pengakap Raja kepada semua Pengakap Raja yang hadir. Sebelum itu, di dalam ucapan aluan Tn. Hj Ahmad Azam kerjasama antara Pengakap Perak dan MAPS dapat diteruskan dalam melaksanakan program kolaboratif bagi mentranformasi pengakap dalam masyarakat. Majlis ini juga meraikan pencapaian Pengakap Kelana yang mewakili Negeri Perak khasnya Daerah Kinta Selatan, Mohamed Nur Azeem Bin Hanuar yang telah berjaya dalam Penilaian Projek Scouts of the World Award (SWA) 2019.
Number of participants
200
Service hours
800
Topics
Youth Programme
Personal safety
Partnerships

Share via

Share