MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA SECARA MAYA

Program ini bertujuan memohon keberkatan daripada Tuhan dan memohon doa supaya dijauhkan segala kemudaratan. Majlis ini bermula dengan bacaan Yassin dan doa selamat. Seterusnya, kata-kata aluan oleh Pemangku Ketua Pengakap Negara dan diselitkan sedikit cadangan beliau untuk menambah baik program kepengakapan di negara ini.
Seramai 134 ahli Pengakap dari seluruh negara yang terdiri daripada Pesuruhjaya Negeri, Pemimpin, Pengakap Kelana dan lain-lain turut bersama Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia, Yang Berbahagia Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin (B) bersama-sama menjayakan Majlis Bacaan Yassin Perdana Sempena Hari Pengakap Malaysia ke-113 tahun. Majlis ini diadakan pada 2 September 2021 bertempat di kediaman masing-masing.
Tambahan pula, beliau turut berkongsi pengalaman hidupnya tentang perjalanan aktiviti kepengakapannya untuk dijadikan rujukan kepada semua. Banyak ilmu yang diperoleh daripada kisah pengalamannya yang membuatkan semua penonton teruja untuk mendengar.
Majlis ini dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia secara maya berikutan Fasa Endemik COVID-19 yang melanda di negara ini.
Number of participants
134
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Better Choice
Culture and heritage
Inner peace and spirituality
Initiatives
Health and Well-being
Peace and Community Engagement

Share via

Share