MAFUS Project - Kerja Pembersihan Tapak Pembinaan

MAFUS Project - Kerja Pembersihan Tapak Pembinaan

Bermula 2 Febuari 20202, saya MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD RAHIMAN sebagai Ketua Pembinaan Projek MAFUS menjalankan tugas di Madrasah Hj. Senik, Kg Pak Limah, Salor, Kelantan.

Sebagai Ketua Pembinaan Projek, saya menjalankan tugas dengan meneliti tapak projek, memilih tempat bagi setor simpanan barang projek dan tempat pembuangan sampah untuk sesi pembersihan tapak projek. Selepas selesai penelitian, saya juga menjalankan tugas dengan memberi arahan pembersihan tapak projek dengan teliti kepada sukarelawan, buruh-buruh dan semua ahli MAFUS.

Setelah selesai tugas sebagai Ketua Pembinaan, saya terus meneruskan kerja pembersihan tapak pembinaan dengan merobohkan kerangka lama Madrasah Hj Senik dan membuangnya di tempat yang telah ditetapkan iaitu di seberang Sungai Kelantan berhampiran dengan Kg Pak Limah ini. Selain itu, kayu-kayu yang masih boleh dipakai disimpan di tempat yang ditetapkan iaitu setor simpanan barang projek bersebelahan tapak pembinaan untuk digunakan kembali ketika pembinaan semula madrasah dijalankan.

Seramai kira-kira 21 orang termasuk 7 orang ahli rasmi MAFUS, 8 orang sukarelawan BlackFlurry dan 6 orang sukarelawan penduduk Kg Pak Limah menjayakan kerja pembersihan tapak projek bagi pembinaan semula Madrasah Hj Senik, Kg Pak Limah, Salor, Kelantan.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
48
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF
Partnerships
Communications and Scouting Profile

Share via

Share