Let’s Go Meet Encik Kinoo
Pada 1/7/2018, jam 2.30 petang, saya dan rakan seperjuangan SWA telah pergi berjumpa Encik Kinoo untuk membincangkan tentang perjalanan bas sepanjang keberadaan kami di Kampung Vietnam, Bidong kelak. Kami telah berjumpa Encik Kinoo di pejabatnya yang terletak di Makmal Berpusat UMT. Banyak tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami mengenai jenis kenderaan dan berapa muatan bagi penumpang bagi setiap kenderaan tersebut. Encik Kinoo memberi pendapat bahawa kami memerlukan sebuah bas dan lori. hal ini supaya dapat memuatkan segala peralatan projek kami di Kampung Bidong nanti. Lori digunakan untuk mengangkut segala barangan serta makanan manakala bas digunakan untuk kenderaan kami di sana nanti. Kebiasaannya, lori akan bergerak lebih awal berbanding bas yang lain tetapi ianya mengikut keperluan kami sendiri jika mahu lori bergerak lebih awal. Berikut, pada hari tersebut juga, kami ada membincangkan tentang jadual perjalanan sepanjang di Kampung Vietnam, Bidong itu nanti. Menurut Encik Kinoo, bas dan lori akan sentiasa berada di sana jika terdapat sebarang permasalahan atau ingin bergerak ke satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Namun begitu, dengan setiap perincian serta penerangan dari kedua-dua belah pihak iaitu dari Encik Kinoo dan pihak lain, kumpulan kami dapat perhalusi lagi dan mencorakkan tentatif perjalanan dengan lebih baik.