Profile picture for user Imran Bin Amir_1
Malaysia

Lencana Penerbang RC (RC Flyer) secara atas talian

Untuk melahirkan lebih ramai ahli pengakap yang mahir mengendalikan pesawat kawalan jauh (RC/Remote Control) dan dron. Aspek keselamatan adalah keutamaan dalam program ini seperti mana terkandung didalam silibus lencana.
Program ini dijalankan secara atas talian dimana ketika itu seluruh dunia termasuk Malaysia dilanda pandemik COVID-19. Platform yang digunakan adalah Google Meet, Whatsapp Group & sosial media yang lain seperti Youtube.
Seramai 73 ahli pengakap yang mendaftar untuk menjalankan program ini. Walaupun begitu hanya seramai 13 ahli sahaja yang berjaya menamatkan program ini dan dianugerahkan Lencana Penerbang RC.
Program lencana ini agak baharu didalam skim pengakap udara, majoriti yang menyertai program ini adalah mereka tidak pernah menerbangkan sebarang jenis pesawat RC ataupun dron. Selain perlu melaksanakan program seperti yang digariskan didalam skim Lencana Pengakap Udara, jawatankuasa pelaksana juga bertindak memberi khidmat nasihat dalam pemilihan pesawat RC, dengan kekangan kewangan yang melanda ketika pandemik ini dan juga memimpin para peserta membina keyakinan untuk mengendalikan pesawat RC.
Started Ended
Number of participants
85
Service hours
8670
Beneficiaries
23
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Partnerships
STEAM
Initiatives
Health and Wellbeing
Skills for Life

Share via

Share