Lencana Keris Gangsa diserahkan kepada 30 Pengakap Kanak-Kanak Labuan
Pada 6-7 Oktober 2018 telah berlangsungnya satu perkhemahan bagi pengakap kanak- kanak untuk mendapatkan lencana keris gangsa. Seramai 30 peserta yang diwakili oleh beberapa sekolah telah menghantar pengakap kanak-kanak untuk menyertai perkhemahan ini.
Para peserta dibahagikan kepada beberapa patrol seterusnya memulakan aktiviti pada hari tersebut. Terdapat 3-4 stesen atau pun ‘pit-stop’ yang perlu mereka hadiri untuk mendapatkan pengetahuan mengenai kesihatan dan keselamatan jalan raya, pengetahuan mengenai kawad kaki serta pengetahuan am mengenai pengakap.
Setiap stesen akan di beri penerangan serta menguji kefahaman mereka sebelum para pemimpin memberi ujian kepada setiap peserta seterusnya menandatangan kad aktiviti mereka setelah mereka lulus ujian tersebut.
Pada hari terakhir perkhemahan, kesemua para peserta pengakap kanak-kanak telah berjaya mendapatkan lencana keris gangsa beserta sijil berkat usaha mereka selama 2 hari berlangsungnya perkhemahan.
Dengan adanya lencana keris gangsa ini, berharap agar mereka akan meneruskan perjuangan sebagai pengakap kanak-kanak untuk mendapatkan lencana keris perak setrusnya lencana keris emas. Menjadikan para pemimpin sebagai ‘role model’ meraka untuk menruskan perjuangan mereka sehingga menjadi seperti para pemimpin mereka satu hari nnt.
Berlangsungnya perkhemahan seperti ini, waktu mereka terisi dengan aktiviti yang berfaedah serta mendapat pulangan yang lumayan iaitu lencana berserta sijil. Selain daripada itu, mereka boleh memanfaat kan apa yang mereka pelajari dari perkhemahan ini kepada kehidupan mereka seharian.
Diharap para peserta terutama pengakap kanak-kanak ini tidak akan pernah berhenti mahupun berputus asa untuk berpengakap kerana perjalanan masih jauh dan masih banyak aktiviti, pengetahuan serta lencana yang bakal mereka perolehi sebagai satu batu loncatan bagi mereka untuk ke peringkat yang lebih tinggi.