
Lencana Kemahiran 2019 ( Pertolongan Cemas & Kawad Kaki )
Saya dan rakan-rakan saya telah memberi bantuan kepada daerah Kota , Melaka untuk menjayakan kem lencana Kemahiran 2019 supaya semua calon pengakap raja 2020 tahu apa yang perlu buat semasa mengambil ujian dalam kem pengakap raja. Dalam kem 3 hari 2 malam ini, saya dan AJK kumpulan saya telah memberi ilmu pengetahuan, teknik dan sebagainya supaya semua CPR tahu apa yang perlu buat dan apa yang tidak harus buat di dalam kem. Sebelum kem bersurai pada hari yang terakhir, kita juga telah memesan semua CPR supaya membuat dua projek iaitu projek perintis dan projek 'plascaster' haiwan.