
LENCANA KEMAHIRAN 2019 (PERTOLONGAN CEMAS DAN KAWAD KAKI)
Dalam Pengakap Daerah Kota, Melaka, saya dan kawan-kawannya telah memberi bantuan yang secukupnya semasa Kem Lencana Kemahiran 2019 dijalankan. Kem ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan persiapan bagi calon pengakap raja 2020 supaya mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut dengan keputusan yang cemerlang dan gemilang. Selain daripada itu, mereka juga boleh mendapat ilmu pengetahuan tentang kemahiran-kemahiran dengan lebih lanjut. Dalam kem ini, Pesuruhjaya Daerah Kota kita telah menjemput seorang Kapten Tee Boon Pat untuk mengajar calon-calon pengakap raja 2020 dengan kemahiran-kemahiran kawad kaki dan pertolongan cemas. Tindakan ini dapat membantu mereka menjadi berdisiplin, berdikari semasa dalam kemahiran kawad kaki manakala dapat memupuk amalan rasional dalam kemahiran pertolongan cemas.