LENCANA EKSPEDISI 2019
Profile picture for user Yoon Hui_1
Malaysia

LENCANA EKSPEDISI 2019

Pada 30 November dan 1 Disember 2019 yang lalu, PPM Negeri Melaka Daerah Kota telah mengadakan aktiviti ekspedisi sepanjang 2 hari 1 malam untuk pengakap-pengakap remaja demi mencapai Lencana Ekspedisi. Sebanyak 60 orang pengakap remaja telah menyertai aktiviti terserbut serta 10 orang pengakap kelana memberi bantuan untuk memastikan aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar manakala beberapa penolong pesuruhjaya daerah Kota turut melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Beliau bertugas memberi arahan kapda pengakap kelana supaya mereka memberi arahan yang tepat kepada pengakap remaja yang ingin mencapai Lencana Ekspedisi. 

  Pada 30 November pagi, semua pengakap yang terlibat telah berkumpul di dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Semua penolong pesuruhjaya daerah telah memberi taklimat tentang keselamatan jalan raya serta taklimat tentang tugas-tugasan sepanjang perjalanan. Pengakap kelana telah bersiap sedia untuk membimbing pengakap remaja mejalankan tugasan mereka. Mereka turut bertugas menjaga keselamatan mereka di jalan raya. Selepas itu, mereka memulakan ekspedisi mereka mengikut sistem patrol mereka. Tugasan mereka ialah mengumpulkan pelbagai jenis flora yang ditetapkan, meminta tadatangan hospital, balai bomba, balai polis, mengambil gambar di stesen yang ditetapkan serta tugasan lain-lain.

  Pada 30 November petang, semua penakap telah berkumpul di SMJK Yok Bin. Pengakap remaja pula menjalankan sepanjang 20km dan menyiapkan tugas-tugasan mereka. Mereka mula bersedia makan malam mereka. Mereka membahagikan kerja persedianan makan malam antara kumpulan mereka. Selepas makan malam, mereka berehat sambil mendengar taklimat yang diberikan oleh ketua kursus untuk perjalanan mereka esok yang sepanjang 20km lagi. Selepas taklimat, mereka mula membahagikan tugasan antara kumpulan supaya tugas mereka dapat disiapkan dengan lancar. Slepas perbincangan, mereka berehat awal untuk memastikan stamina masing-masing esok.

  Pada 1 Disember pagi, semua pengakap bangun awal  dan bersenam sebelum berkumpul. Mereka memanaskan badan supaya cedera. Selepas itu, mereka berkumpul di dewan sebelum bertolak. Selepas ketua patrol memastikan semua ahli dalam keadaan yang sihat, mereka mula bertolak. Mereka menjalankan tugasan mereka dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecuaian.

  Pada pukul 4petang, semua pengakap dapat berkumpul di MBMB lagi. Pengakap remaja telah bersiap tugasan mereka. Mereka talah berjaya menjalankan aktiviti ekspidisi sepanjang 40km dalam 2hari. Selapas itu, mereka akan menyiapkan laporan mereka dalam dua minggu. Semua pengakap remaja serta pengakap yang bertugas telah mengambil gambar di dataran MBMB sebagai kenangan. Kemudian, aktiviti ekspidisi dapat dijanlankan dengan lancar. Semua pula bersurai.

Started Ended
Number of participants
60
Service hours
720
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share