Leader to be ! KURSUS MANIKAYU PENGENALAN & PERINGKAT 1 (Unit Pengakap Kanak-Kanak & Pengakap Muda)
Malaysia

Leader to be ! KURSUS MANIKAYU PENGENALAN & PERINGKAT 1 (Unit Pengakap Kanak-Kanak & Pengakap Muda)

Kursus Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 dianjurkan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuantan dengan kerjasama KLKM UIAM Kuantan. Kursus ini melibatkan 54 peserta terdiri daripada Pemimpin dan Kelana dari Daerah Kuantan serta kelana dari KLKM UIAM Kuantan. Kursus yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara peserta dari pelbagai daerah serta memberi ilmu yang berguna kepada peserta. Sepanjang program berlangsung, peserta juga diberi pendedahan secara praktikal memudahkan peserta untuk lebih memahami dan mendapat gambaran sebenar cara mengendalikan sesuatu aktiviti bersama Pengakap Kanak-Kanak/Pengakap Muda.
Started Ended
Number of participants
54
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share