LAWATAN BALAS ROMBONGAN PPMCS BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH KE LIMBANG, SARAWAK.
Rombongan Lawatan Balas PPMCS Bahagian Pedalaman Bawah ke Daerah Limbang, Sarawak yang diketuai oleh Pesuruhjaya Bahagian Pedalaman Bawah, Skipper Awang Sham bin Buragang bersama-sama dengan Pesuruhjaya Kawasan, Skipper Robin bin Bumpin serta Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya Bahagian dari Daerah Sipitang, Beaufort dan Membakut bertolak bersama-sama dari SK.Pekan Sipitang pada 12 Oktober 2019 (Sabtu).
Lawatan balas ini merupakan satu program yang dilaksanakan bagi menghargai penglibatan Pengakap Daerah Limbang semasa Perkhemahan Pek Bercuti Pengakap Kanak-Kanak yang dianjurkan oleh PPMCS Bahagian Pedalaman Bawah yang bertempat di SK. Padang Berampah, Sipitang pada tahun 2017.
Rombongan tersebut tiba di Daerah Limbang pada lewat petang dan bersemuka dengan Pengakap Daerah Limbang di Restoren Banana Leaf untuk minum petang. Seterusnya rombongan dibawa ke Hotel Purnama, Limbang sebelum menghadiri majlis makan malam bersama-sama dengan Pengakap Daerah Limbang di Restoren Banana Leaf.
Hari Kedua program pada 13 Oktober 2019 (Ahad) dimulakan dengan aktiviti lawatan ke ;
- Tapak Perkhemahan Pusat Kokurikulum di SK.Menuang
- program KRT di Kampung Meritam
- Lumpur Bebuak di Kampung Meritam
- SMK. Medamit
Aktiviti program lawatan balas ke Limbang oleh PPMCS Bahagian Pedalaman Bawah merupakan satu program yang sangat bermakna dan bermanfaat kerana pengisian yang dirancang dan yang telah dilaksanakan berjaya memberikan pendedahan kepada semua pihak hasil daripada perkongsian ilmu dan pengalaman serta mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak.
Terima kasih tidak terhingga kepada Pengakap Daerah Limbang di atas layanan mesra dan perkongsian bermakna kepada PPMCS Bahagian Pedalaman Bawah pada sepanjang dua hari program.
Semoga kita bersua lagi dan sayonara!