
Latihan Masakan Rimba sebelum Pertandingan Masakan Rimba Peringkat Daerah Kuala Muda
Pada hari ini dijalankan aktiviti memasak menggunakan bahan alami iaitu buluh. Ahli pengakap diajar cara memasak nasi dan roti lilit menggunakan buluh. Pada permulaan ahli pengakap diminta untuk menghidupkan api seperti yang telah diajar pada sebelum ini. Kemudian mereka diajar cara untuk menguli tepung dan seterusnya melilit tepung tersebut pada batang buluh yang telah disediakan. Mereka juga diajar cara untuk memasak nasi menggunakan buluh. Dan yang terakhir mereka diajar cara untuk memasak telur menggunakan kentang.