Latihan drama muzikal kemerdekaan
Malaysia

Latihan drama muzikal kemerdekaan

Latihan drama muzikal kemerdekaan telah dibuat selama sebulan selepas waktu sekolah untuk majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Latihan ini melibatkan 30 orang murid dan 5 orang guru. Drama muzikal kemerdekaan ini mengisahkan tentang sejarah awal tanah Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan, mendapat kemerdekaan dan hingga kini. Lagu-lagu latar dalam drama muzikal kemerdekaan ini ialah lagu-lagu patriotik dan perpaduan yang mana alat muziknya dimainkan oleh murid dan guru. Kompilasi lagu-lagu perlu latihan yang berulang kerana dinyanyikan oleh murid-murid. Drama muzikal ini secara tidak langsung memupuk rasa cintakan tanahair di kalangan murid-murid.
Started Ended
Number of participants
35
Service hours
2100
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share