Latihan Asas Kawad Kaki & Perbarisan Pengakap SMKSP
Laporan Program
Pada 28 Februari 2018 yang lalu Unit beruniform Persatuan Pengakap, SMK Seri Pinang telah mengadakan latihan asas kawad kaki & perbarisan untuk ahli-ahli pengakap muda & remaja SMKSP. Seramai 50 orang ahli Pengakap telah turut serta dalam latihan ini. Latihan ini telah berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 0830 pagi sehingga jam 1130 tengahari. Latihan telah dijalankan di Gelanggang Petanque, SMKSP. Jurulatih latihan adalah Pemimpin Pengakap SMK Seri Pinang yang terlatih terdiri daripada En. Md Farid Shafari, En. Muhammad Nizam, Puan Rosilah dan Puan Norinah. Antara kemahiran yang diajar adalah asas kawad kaki dan kawad kaki statik.
Impak Program
- ahli pengakap dapat mempraktikkan ilmu kawad kaki yang dipelajari dalam kegiatan ko-kurikulum.
- ahli pengakap dapat memenuhi kriteria yang diperlukan dalam skim latihan pengakap
- pemimpin pengakap turut dapat menambah ilmu kepengakapan