LADAM KUDA ,( ISTIADAT MENAIKKAN DAN MENURUNKAN BENDERA)
Pada hari Khamis yang lalu, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) bagi 'level 100 telah diadakan satu perjumpaan di Pusat Rancangan Kokurikulum. Agenda yang berlangsung pada hari tersebut adalah Ladam Kuda, Istiadat menaikkan dan menurunkan bendera.
Pada awalnya, saudara Ahmad Syauqi telah mengendalikan majlis tersebut dengan menyampaikan taklimat asas mengenai ladam kuda. Dalam pada itu, kami belajar tentang istiadat menaikkan bendera serta menurunkan bendera dan pengibaran bendera.
Selain itu, kami juga diajar berkenaan cara-cara melipat bendera serta ikatan yang digunakan untuk mengikat bendera pada tiang.
Konklusinya, banyak perkara yang saya telah pelajari pada hari tersebut antaranya ialah istiadat menaikkan serta menurunkan bendera dan pengibaran bendera. Sewaktu pengibaran bendera, pelajar perlulah menghadap bendera tersebut, sekiranya bendera berkibar atau tidak, kite perlu abaikan sahaja. Saya dapat mempelajari kedudukan sewaktu didalam upacara tersebut