KURSUS "SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY" BERLANGSUNG DI UDARA
Malaysia

KURSUS "SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY" BERLANGSUNG DI UDARA

INI ADALAH SEBAHAGIAN AHLI PENGAKAP UDARA YANG TERDIRI DARI PASUKAN PENGAKAP KELANA G (UDARA) KUANTAN DAN PASUKAN PENGAKAP UDARA SMK PAYA BESAR YANG TELAH MENYERTAI KURSUS "SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY" ZON TIMUR YANG BERLANGSUNG DI INSTITUT LATIHAN KEMAS , KUANTAN PAHANG PADA 22 JUN 2019 HINGGA 24 JUN 2019.

ACARA YANG BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 2 MALAM INI TELAH MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PARA PESERTA TENTANG BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENCAPAI ANUGERAH PENGAKAP DUNIA ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI "SCOUT OF THE WORLD AWARD" SWA. SELAIN ITU JUGA, KURSUS INI TURUT MENDEDAHKAN DAN MEMBUKA MINDA PARA PESERTA BAHAWA PENTING NYA KITA SEBAGAI SEORANG MASYARAKAT YANG BERTANGUNGJAWAP DALAM MENJAGA KESEIMBANGAN DUNIA KITA INI. SELARAS DENGAN PROGRAM YANG DI SYOR KAN SEPERTI SDGS.

KURSUS YANG MELIBATKAN SERAMAI 30 ORANG PESERTA DAN PETUGAS INI DAPAT MEMBERI IMPAK YANG POSITIF KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT JIKA DILIHAT DENGAN KEJAYAAN PARA PESERTA KURSUS DALAM SESI "COMMUNITY OUTREACH". SESI YANG MEMPERLIHATKAN PARA PESERTA MEMPAMERKAN BAKAT DAN ILMU PENUKANGAN MEREKA UNTUK MENJAYA KAN MISI DALAM MENYEDIAKAN TEMPAT REHAT DAN KEMUDAHAN KEPADA PARA PENGUNJUNG DAN MASYARAKAT DI SEKITAR KAWASAN TERSEBUT.

SEMOGA ACARA SEBEGINI DAPAT DIPERBANYAKAN LAGI DAN DITERUSKAN DARI MASA KE SEMASA SEHINGGA DAPAT MEMBUKA MINDA MASYARAKAT BAHAWA PENGAKAP INI BUKAN SAHAJA DI BANGKU PERSEKOLAHAN DAN HANYA BERMAIN DENGAN TALI TEMALI, MALAH PENGAKAP INI JUGA DAPAT MEMBANTU DAN MEMBERI IMPAK POSITIF PADA MASYARAKAT SEKITAR.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Youth Engagement
Youth Programme