Kursus Pertolongan Cemas Peringkat Negeri Siri 3/2019

Kursus Pertolongan Cemas Peringkat Negeri Siri 3/2019

Pada 27 hingga 29 September 2019 telah berlangsung Kursus Pertolongan Cemas Peringkat Negeri Perak Siri 3/2019 yang berlangsung di Dewan Sukan Komuniti Bercham.. Seramai 55 orang terdiri daripada Jurulatih dari St John Ambulance Malaysia, Pemimpin pengakap, pembantu kursus dan peserta yanh menjayakan kursus ini Tujuan kursus ini adalah bertujuan untuk melatih seorang pandai dalam pertolongan cemas...Hal ini kerana telah menjadi sesuatu ketetapan bagi seorang ahli pengakap mestilah yakin dan tahu serta cepat bertindak dalam pelbagai situasi untul membantu orang lain... Kursus di jalankan selama 3 hari 2 malam yang diisi dengan pelbagai slot tentang pertolongan cemas... Pada hari terakhir kursus juga telah dijalankan ujian untuk peserta layak memegang sijil seorang 'First Aider'.... Ujian merangkumi ujian teori dan praktikal.. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Azlan Bin Aminudin, Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri merangkap Pesuruhjaya Latihan Negeri Perak... Majlis juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang hadir... Malah, Sijil Tahap Emas, Perak dan Gangsa juga turut disampaikan oleh Tn Azlan kepada peserta berdasarkan markah ujian yang telah dijalankan... Majlis seterusnya ke sesi bergambar dan jamuan ringan... Dan semua peserta dibenarkan bersurai
Started Ended
Number of participants
55
Service hours
990
Topics
Youth Programme
Partnerships

Share via

Share