
KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR ANJURAN KLKM UKM
Perkara yang menginspirasikan saya untuk menyertai Kursus Pertolongan Cemas dan CPR ini adalah kerana kursus ini telah mengajar kepada para peserta mengenai teknik pertolongan cemas yang betul sekiranya telibat dalam situasi kecemasan. Ini amat penting kerana sebagai Pengakap perlulah bersiap sedia dan menabur bakti membantu orang dalam kesusahan. Ilmu sebegini amat bermanfaat kepada para pengakap dan ini akan membantuk menambah kemahiran para ahli Pengakap Kelana menjadi individu yang berguna.
Projek ini dijalankan di Bilik Auditorium, Bangunan Kesatria. Saya dan rakan Kelana yang lain berkumpul di dalam bilik auditorium untuk mendengar sesi taklimat bagi teori pertolongan cemas dan juga diajar mengenai teknik pertolongan cemas dan cpr yang betul.
IMPLIKASI KEPADA PENGAKAP KELANA:
1) Dapat mendedahkan kepada ahli Pengakap Kelana mengenai teknik pertolongan cemas dan cpr yang betul.
2) Membantu para Pengakap Kelana untuk sentiasa bersiap sedia sekiranya berada dalam sebarang situasi yang mencemaskan.
3) Menambahkan ilmu pengetahuan yang baru kepada para Pengakap Kelana mengenai Teori Pertolongan Cemas dan CPR.
Saya dapat menggunakan teknik yang telah diajar di dalam kursus ini dalam membantu mangsa yang berada di dalam situasi kecemasan.