
Kursus Pertolongan Cemas Asas & Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Dengan bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, kursus ini telah dijalankan dengan lancar. Dalam kursus ini, anggota pengakap remaja sahaja yang terlibat. Hal ini demikian kerana kursus ini merupakan salah satu kelayakan untuk menjadi seorang Calon Pengakap Raja. Kursus ini melatih anggota pengakap dari segi disiplin dan pengetahuan dalam pertolongan cemas seperti CPR dan cara membawa mangsa keluar dari tempat yang berbahaya. Kursus ini dijalankan selama dua hari dan satu malam. Aku berperanan untuk membantu Angkatan Pertahanan Awam yang memimpin kursus tersebut dalam setiap cara yang mungkin. Kesimpulannya, anggota pengakap telah mempelajari kemahiran dan sikap yang dipuji ramai.