Kursus PERTOLONGAN CEMAS (Asas Bantu Mula)

Kursus PERTOLONGAN CEMAS (Asas Bantu Mula)

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh. Jesteru itu, Pasukan pengakap Kelana B (Banzai rovers)Kinabatangan telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas dengan kerjasama DR Mohd Fikri bin Zanal Abidin daripada Mabello Group of Clinics (HQ) 23 JUN 2019 jam 07.00 pagi bertempat di Dewan serbaguna Sk Jaya Baru. Di sertai oleh Pengakap kelana D(delta rovers),Pasukan pengakap kelana Daerah Sibuga,Ahli pengakap sekolah Sk jaya baru (13th Wolfcub) serta ahli pengakap kelana B(banzairovers). Kursus ini merangkumi dua sesi di mana sesi teori selama 3jam dan sesi praktikal selama 2jam. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai prosedur pertolongan cemas dan asas CPR.Antara slot pengisian kursus ini adalah Pengenalan CPR, luka dan pendarahan, terbakar, melecur dan renjatan, patah, kejutan eletrik dan pitam serta slot ikatan dan balutan.
Started Ended
Number of participants
39
Service hours
234
Topics
Youth Programme
Personal safety
Partnerships
SDGS

Share via

Share