
Kursus Penarafan Penaraf Pengakap Raja Zon Timur Kebangsaan 2019
Kursus Penarafan Penaraf Pengakap Raja Zon Timur Kebangsaan 2019 telah di adakan bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu Malaysia yang melibatkan 99 orang peserta seluruh negara berhimpun selama 3 hari 2 malam untuk mendalami dan mendapatkan ilmu, mempelajari prosedur, etika, dan undang-undang serta latihan amali dan praktikal untuk menjadi seoarang penaraf Pengakap Raja berwibawa, Berdedikasi dan Bertanggungjawab serta Adil dalam menggalas jawatan tersebut nanti.
Terdapat 10 patrol dibahagikan diantara semua peserta dan kumpulan yang disertai oleh saya ialah Kumpulan 5 iaitu Kumpulan kuala Nerus. Pembimbing kumpulan kami ialah Tuan Muhammad dan kami bersyukur kerana semua ahli kumpulan kami lulus dengan jayanya dalam Kursus Penarafan Pentaraf Pengakap Raja ini.