Kursus MoP Zon Sabah : Menjana Idea Pergerakan MoP Daerah Sibuga dan Unit Pengakap Udara MRSM TMFS Sandakan

Kursus MoP Zon Sabah : Menjana Idea Pergerakan MoP Daerah Sibuga dan Unit Pengakap Udara MRSM TMFS Sandakan

Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) Zon Sabah Peringkat Kebangsaan 2019 merupakan program yang pertama kali diadakan di Sabah. Kursus ini melibatkan pemimpin-pemimpin Pengakap di seluruh Sabah yang membabitkan penyertaan dan wakil dari setiap Daerah Pengakap di Sabah menerusi penyertaan seramai 80 orang peserta. Kursus ini telah berlangsung di Scout Nature Park Sandakan Sabah pada 1 November 2019 hingga 3 November 2019.

 

Kursus ini menerangkan tentang makna MoP, matlamat MoP, aktiviti dibawah MoP dan banyak lagi. Antara perkongsian yang disampaikan adalah berkaitan dengan Pengenalan MoP, SDG, Pendaftaran di Scout.org dan banyak lagi yang disampaikan oleh Dr Amir Hamzah yang dibantu oleh 3 orang jurulatih yang lain.

 

Kursus ini telah memberikan banyak manfaat kepada semua peserta yang terlibat. Kursus ini telah melahirkan idea-idea untuk perancangan aktiviti bagi Pengakap di Daerah Sibuga secara amnya dan di MRSM Sandakan secara khususnya. Antara matlamat dan target yang ingin dicapai selepas kursus ini adalah memastikan semua Pengakap Di MRSM TMFS Sandakan mendaftar dalam scout.org., melakukan lebih banyak projek global dan seterusnya membawa kepada melahirnya Pengakap Raja yang memiliki SWA Badge dan calon SWA Heroes daripada Unit Pengakap Udara MRSM Sandakan di masa akan datang.

Started Ended
Number of participants
100
Service hours
1800
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share