Kursus Manik Kayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat Satu
Kursus ini dilaksanakan sempena Perkhemahan Unit Beruniform dengan melibatkan 80 orang peserta yang terdiri daripada Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah. Seramai 20 orang penolong pemimpin IPG Kampus Bahasa Antarabangsa telah berjaya menamatkan kursus selama empat hari tiga malam ini.