
Kursus Manik Kayu Peringkat Pengenalan
Pada 27 Februari 2016 yang lepas, seramai 29 ahli Pengakap KLM 21 telah mengikuti Kursus Manik Kayu Peringkat Pengenalan. Kursus ini dijalankan di Dewan Al-Bukhari. Kursus telah bermula pada jam 8 pagi. Seramai 3 orang jurulatih yang telah memberikan kursus ini kepada kami iaitu Mejar Rosila, Pn Nur Eliyawaton, dan En Mujahhid. Dalam kursus ini, kami diberikan pendedahan tentang banyak aspek kepengakapan dari aspek yang paling asas dalam kepengakapan sehinggalah kepada aspek yang lebih kompleks. Sesungguhnya, dengan adanya kursus ini, kami dapat meneruskan dan memperluas lagi ilmu kepengakapan dalam diri kami. Semoga, dengan ilmu yang ada kami dapat melahirkan Pengakap yang berkuailiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.